FAQ

Pertanyaan Soalan Lazim Tracking Refugees Information System (TRIS)

  • Apakah itu Skim Pendaftaran?

Skim pendaftaran adalah inisiatif oleh Kerajaan Malaysia untuk mengumpul maklumat biometrik dan peribadi pemegang kad UNHCR untuk di masukkan ke dalam database keadaan pelarian di Malaysia dapat diperbaiki dan uruskan dengan sempurna.

  • Siapa yang melaksanakan SKIM ini?

Pusat TRIS yang di lantik oleh Kerajaan Malaysia akan menjalankan Skim Pendaftaran ini dan di pantau oleh Kerajaan.

  • Siapa yang boleh memohon pada TRIS?

Semua pelarian dan pencari suaka.

  • Di mana pelarian dan pencari suaka boleh mendaftar, untuk MyRC?

Di pusat TRIS, Ground Floor, Tower 5, Avenue 5, bangsar South City, Kuala Lumpur. (Berhampiran dengan Stesyen LRT Kerinchi).

  • Adakah MyRC kad perlu di bayar?

Ya, MyRC kad perlu di bayar sebanyak RM 500 di kenakan pada setiap pemohon yang berumur 19 – 59 tahun dan yang berumur bawah 18 tahun dan 60 tahun ke atas adalah percuma.

  • Adakah kita di lindungi oleh Kerajaan Malaysia apabila berdaftar di bawah Skim ini?

Ya, anda di lindungi oleh Kerajaan Malaysia, Skim ini juga membenarkan individu yang berdaftar untuk tinggal sementara di Malaysia selagi kad yang di keluarkan oleh Kerajaan masih sah. Semua data dan Skim pendaftaran yang di kumpul di jamin tidak akan di edarkan, di kongsi dan di gunakan secara luaran.

  • Boleh kah saya bekerja dengan kad baru ini?

Ia adalah satu peluang , untuk bekerja, walaubagaimanpun bergantung pada Kerajaan dan kebolehan individu.

  • Boleh kah saya mendapat kewarganegaraan / kerakyatan dari kad MyRC?

Warganegara adalah hak sesebuah negara untuk di anugerah pada individu yang layak sahaja. Berdasarkan pada kelayakan yang di tetapkan oleh Kerajaan, oleh yang demikian , individu yang memenuhi tuntutan atau kelayakan akan di berikan pertimbangan , tertakhluk  pada kelulusan Kerajaan.

  • Boleh saya guna kad ini untuk penerbangan ?

Ya, MyRC kad hanya boleh di gunakan hanya untuk penerbangan tempatan (domestic flight).

  • Semasa memegang MyRC kad kita kerap tukar pekerjaan data majikan kerap bertukar bagaimana masalah dapat di selesaikan?

Kami tahu pertukaran pekerjaan kerap berlaku, di bawah program ini , data akan disimpan secara online. Ia nya boleh di periksa dan di kemaskini dengan mudah oleh itu ia memberikan maklumat sebenar yang diperlukan.

  • Boleh kah kad ini di ganti jika hilang?

Anda perlu membuat laporan polis tentang kehilangan kad MyRC dan bawa surat  laporan polis ke pusat pendaftaran TRIS. Setelah disahkan ia akan di rekodkan , sementara waktu surat laporan polis boleh digunakan sehingga kad MyRC diganti semasa pembaharuaan.

  • Adakah sesiapa yang boleh bertutur bahasa saya ( juru bahasa)semasa di temuramah?

Ya, akan ada jurubahasa untuk membantu semasa proses pendaftaran

  • Apa yang perlu anda bawa?

Setiap individu di wajibkan membawa UNHCR kad yang baru (Kod QR)

Jika sudah ada temujanji, sila bawa risalah TRIS

Bawa bersama bil air atau bil elektrik semasa mendaftar

Bawa sijil perkahwinan, (jika berkahwin) dan pasangan mesti bersama dengan pemohon

Bawa sijil kelahiran kanak-kanak sekiranya anak menemani ibubapa yang datang untuk membuat pendaftaran

Kumpulan darah

Bawa maklumat majikan seperti nama syarikat, nombor telefon dan alamat